11 Jun: Kumpulan G8 bersetuju menghapuskan hutang 18 negara termiskin di dunia.
14 Jun: Pelari Jamaika, Asafa Powell, memecahkan rekod dunia pecut 100 m dengan kepantasan 9.77 saat.
21 Jun: Roket yang membawa kapal layar solar (satu projek kerjasama Rusia-AS) gagal berfungsi 83 saat selepas berlepas dan memusnahkan kapal angkasa tersebut.
Julai
2 Julai: Konsert Live 8 diadakan di seluruh dunia untuk kempen membasmi kemiskinan.
4 Julai: "Peluru tembaga" NASA menghentam komet "Tempel 1" dan menghasilkan kawah bagi membolehkan saintis mengkaji isi komet.
31 Julai: Harga petrol dan diesel di Malaysia naik lagi sebanyak 10 dan 20 sen seliter. Harga LPG turut naik 5 sen sekilogram.
Ogos
2 Ogos: Sebuah pesawat Air France tergelincir ketika mendarat di Toronto, Kanada, kali pertama sebuah Airbus A340 terlibat dalam kemalangan. Semua penumpang berjaya keluar sebelum pesawat tersebut terbakar.
9 Ogos: Kapal angkasa "Discovery" berjaya mendarat dengan selamat di California.