Poll without page-refresh
Article on other languages:
2 Januari merupakan hari kedua dalam kalendar Gregory . Tinggal 363 hari (atau 364 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
366 - Perikatan Alamanni menyeberangi Sungai Rhine yang beku untuk menyerang Empayar Rom .
533 - Mercurius menjadi Paus John II , paus pertama untuk menerimaguna nama baru apabila dilantik menjadi paus.
1492 - Reconquista : Los Reyes Catiolicos menyingkirkan Muhammad XII dari Granada , pemerintah Moor terakhir, daripada Semenanjung Iberia .
1757 - United Kingdom menawan Calcutta , India .
1788 - Georgia menjadi negeri Amerika Syarikat keempat yang meratifikasi Perlembagaan .
1791 - Pembunuhan Big Bottom di Ohio Country , menandakan bermulanya Perang Indian Barat Laut .
1793 - Rusia dan Prussia memisahkan Poland .
1808 - Kongres Amerika Syarikat melarang pengimportan slaves .
1818 - Institusi Jurutera-Jurutera Awam UK diasaskan.
1860 - Penemuan planet Vulcan diumumkan di perjumpaan Académie des Sciences di Paris .
1871 - Amadeus I menjadi Raja Sepanyol .
1872 - Brigham Young ditahan atas tuduhan bigami kerana beristeri 25.
1882 - John D. Rockefeller menyatukan pegangan minyaknya menjadi syarikat amanah Standard Oil .
1893 - Webb C. Ball dari General Railroad Timepiece Standards di Amerika Utara memperkenalkan kronometer landasan kereta api .
1900 - John Hay mengumumkan Dasar Pintu Terbuka untuk menggalakkan perdagangan dengan China .
1905 - Perang Rusia-Jepun : Garison Rusia menyerah kalah di Port Arthur , China.
1917 - Bank Diraja Kanada mengambil alih Bank Quebec.
1923 - Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat Albert Fall meletak jawatan gara-gara skandal Teapot Dome .
1929 - Kanada dan Amerika Syarikat bersepakat dalam rancangan memelihara Air Terjun Niagara .
1935 - Bruno Hauptmann menjalani perbicaraan pembunuhan Charles Lindbergh, Jr. , anak bayi kepada juruterbang Charles Lindbergh .
1941 - Perang Dunia II : Pengeboman Jerman merosakkan Katedral Llandaff dengan teruknya di Cardiff , Wales .
1941 - Perang Dunia II : Kerajaan AS mengumumkan rancangan kapal Liberty untuk membina kapal pengangkut sebagai menyokong usaha perang.
1942 - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyabitkan kesalahan 33 ahli kumpulan perisik Jerman pimpinan Fritz Joubert Duquesne dalam kes perisikan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, iaitu Sindiket Perisikan Duquesne .
1942 - Perang Dunia II : Manila ditawan oleh tentera Jepun .
1942 - Tentera Laut Amerika Syarikat membuka lapangan blimp di Lakehurst, New Jersey .
1946 - Tidak dapat meneruskan pemerintahannya selepas Perang Dunia II , Raja Zog dari Albania turun takhta tetapi mengekalkan tuntutan terhadap takhtanya .
1949 - Luis Munoz Marín menjadi Gabenor Puerto Rico pertama yang dipilih secara demokrasi.
1955 - Presiden Panama Jose Antonio Remon dibunuh.
1959 - Kapal angkasa lepas Soviet Luna 1 (gambar) , kapal angkasa pertama yang menghampiri bulan , dilancarkan oleh roket Vostok dari Kosmodrom Baikonur di RSS Kazakh .
1963 - Pertempuran besar-besaran pertama berlaku di Ap Bac antara pasukan Tentera Darat Vietnam Selatan dan pasukan Komunis Vietnam Selatan . Tentera Darat Vietnam Selatan kalah teruk sementara pihak tentera Komunis berjaya melepaskan diri.
1969 - Operasi Barrier Reef bermula di Delta Mekong , Vietnam .
1974 - Presiden Richard Nixon menandatangani rang undang-undang yang mengurangkan had laju maksima A.S. ke 55 batu sejam untuk menjimat petrol ketika menghadapai embargo OPEC .
1993 - Para pemimpin ketiga-tiga paksi bermusuhan di Bosnia bersidang untuk berunding damai.
1999 - Ribut salji yang dahsyat melanda rantau Midwest Amerika Syarikat, meninggalkan salji setebal 359 di Milwaukee, Wisconsin , dan 487 mm di Chicago , di maan suhu jatuh kepada -25°C; 68 kematian dilaporkan.
2001 - Sila Calderón menjadi Gabenor Puerto Rico wanita yang pertama.
2002 - Eduardo Duhalde dilantik sebagai Presiden Argentina sementara oleh Dewan Perundangan.
2004 - Stardust berjaya merentasi komet Wild 2 , mengumpul sampel untuk dibawa kembali ke Bumi dua tahun kemudian.