Amerika Syarikat

Article on other languages:

del.icio.us del.icio.us
Digg Digg
Furl Furl
Reddit Reddit
Rojo Rojo
Add to OnlyWire
United States of America
Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat Jata Amerika Syarikat
Bendera Jata
Cogan kata: E Pluribus Unum ("Cuma Ada Satu Dalam Sejuta") (tradisional)
In God We Trust (1956-kini)
Lagu kebangsaan: The Star-Spangled Banner
Lokasi Amerika Syarikat
Ibu negara  Washington, D.C.
{{coor dm|38|53|N|77|02|W|type:country(9,631,420)}}
Kota  terbesar  New York
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris (de facto)
Kerajaan Persekutuan perlembagaan republik
 - Presiden George W. Bush (R)
 - Naib Presiden dan Presiden Senat Dick Cheney (R)
 - Speaker Dewan Nancy Pelosi (D)
 - Presiden Pro Tempore Senat Robert Byrd (D)
 - Ketua Hakim John G. Roberts
Kemerdekaan daripada Great Britain 
 - Diisytihar 4 Julai 1776 
Keluasan
 - Jumlah 9,631,420 km² (3)
3,718,695 km persegi 
 - Air (%) 4.87
Penduduk
 - Anggaran 2008 301,197,000 (3)
 - Bancian 2000 281,421,906
 - Kepadatan 31/km² (172)
80/km persegi
KDNK (KKP) Anggaran 2006
 - Jumlah $12.98 trillion (1)
 - Per kapita $43,500 (3)
KDNK (nominal) Anggaran 2006
 - Jumlah $13.22 trillion (1)
 - Per kapita $44,333 (8)
IPM  (2004) 0.948 () (8)
Mata wang Dolar Amerika Syarikat ($) (USD)
Zon waktu (UTC-5 to -10)
 - Musim panas (DST) (UTC-4 to -10)
Domain Internet .us .gov .edu .mil
Kod panggilan +1

Amerika Syarikat (singkatan: A.S., nama rasminya United States of America (U.S.A.)) ialah sebuah republik persekutuan terdiri daripada lima puluh negeri dan satu daerah persekutuan. Negara ini terletak di pertengahan benua Amerika Utara di mana terletaknya empat puluh lapan negeri dan satu daerah persekutuan berjiranan antara satu sama lain bersama-sama Washington D.C, sebuah ibu kota negara berkenaan, terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik bersempadankan Kanada di utara dan Mexico di selatan. Negeri Alaska berada di barat-laut benua tersebut, dengan Kanada di timur dan Russia di barat merentasi Selat Bering dan negeri Hawaii yang terletak di pertengahan Lautan Pasifik. Selain itu Amerika Syarikat juga mempunyai beberapa kepulauan atau wilayah di seluruh dunia, termasuk Puerto Rico, Guam dan sebagainya.

Senarai kandungan

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Amerika Syarikat

Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas koloni British selepas Revolusi Amerika dan deklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776. Pada asalnya, struktur politiknya ialah sebagai sebuah konfederasi. Tetapi selepas debat yang lama dan terbentuknya Perlembagaan Amerika, koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara. Melalui paksaan, kekuatan militari dan diplomasi, AS memperolehi banyak negeri-negeri lain di dalam dan di luar negara seperti Cuba dan Filipina. Walaupun begitu, dalam masa yang sama negara ini telah mengalami masalah sosial dalaman yang teruk. Dalam usaha untuk mengembangkan penempatan kaum kulit putih, kaum pribumi Indian telah dijadikan mangsa. Melalui kempen ketenteraan, pemusnahan, penyingkiran serta penempatan semula kaum pribumi Indian telah dipinggirkan. Di sebelah selatan pula, sistem hamba abdi masih dikekalkan dan kaum kulit hitam telah didera dan diberi status kelas kedua. Diskriminasi kaum merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Saudara antara negeri-negeri Utara dan Selatan. Walaupun sistem hamba abdi telah dimansuhkan selepas kekalahan negeri-negeri Selatan, diskriminasi kaum terus berleluasa sehingga ke pertengahan abad ke-20.

Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa perindustrian dan ia berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai Abad Kegemilangan Amerika atau "the American Century". Dalam abad ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan menjadi pusat inovasi serta teknologi terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan teknologinya termasuklah telefon, televisyen, komputer, Internet, senjata nuklear dan , kapalterbang dan penerokaan angkasa lepas.

Negara ini telah mengalami beberapa pengalaman pahit seperti Perang Saudara Amerika atau "the American Civil War" (1861-1865) dan kemelesetan ekonomi yang teruk sewaktu Kemelesetan Besar atau Great Depression (1929-1939) yang bukan sahaja melanda Amerika malah hampir seluruh dunia. Pengalaman terbaru yang paling menyedihkan ialah serangan 9/11 pada 11 September 2001 di World Trade Center, New York, dimana hampir tiga ribu nyawa terkorban akibat serangan pengganas.

Dari segi sejarah, negara ini telah terlibat dalam beberapa perang dunia yang besar, dari Perang 1812 menentang British, dan berpakat pula dengan British sewaktu Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Era 1960an menyaksikan Amerika terlibat di dalam Perang Dingin menentang kuasa besar yang lain iaitu Kesatuan Soviet serta pengaruh komunisme. Dalam usaha untuk membendung penularan komunisme di Asia, AS terpaksa terlibat dalam Perang di Korea, Vietnam dan terakhir sekali di Afghanistan. Selepas kejatuhan dan perpecahan Soviet, AS bangkit menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan yang terkuat di dunia. Sewaktu 1990an, AS mengisyhtiharkan dirinya sebagai polis dunia dan tenteranya telah beraksi di Kosovo, Haiti, Somalia dan Liberia, dan Perang Teluk pertama menentang Iraq yang mencerobohi negara Kuwait. Selepas serangan pengganas pada 11 September, 2001 di World Trade Center dan Pentagon, AS melancarkan serangan balas ke atas Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban di sana dan pada tahun 2003 melancarkan Perang Teluk kedua menentang Iraq untuk menyingkirkan regim Saddam Hussein.

Politik

Rencana utama: Politik di Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem pentadbiran tiga lapisan (three-tier) dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan legislatif serta eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad dalam sfera masing-masing. Negara ini mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme dimana di mana kerajaan pusat dan negeri berkongsi kuasa. Kerajaan pusat berkuasa terhadap beberapa perkara seperti pencetakan matawang Amerika serta polisi pertahanan. Namun, kerajaan negeri berkuasa menentukan hak dan undang-undang masing-masing seperti hak pengguguran bayi (abortion rights) dan hukuman maksimum dalam hal undang-undang. Oleh kerana saiz negaranya yang amat besar, kerajaan pusat tidak mampu mengawal dan memantau kesemua 51 kerajaan negeri. Lalu, setiap negeri mempunyai kuasa autonomi yang agak besar berbanding dengan negara-negara persekutuan yang lain seperti Malaysia.

Satu elemen yang ketara dalam kerajaan Amerika ialah doktrin pembahagian kuasa. Artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan secara terperinci mengenai kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. "Checks and Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama dalam kerajaan Amerika dan ia begitu komprehensif sehinggakan tiada satu cabang kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal cabang yang lain.

Di negara ini semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas berhak mengundi. Pilihan raya diadakan setiap empat tahun dan yang terakhir ialah pada bulan November 2004.

Negeri

Rencana utama: Pembahagian politik Amerika Syarikat

Semasa pengishtiharan kemerdekaan Amerika Syarikat, tiga belas koloni berubah kepada negeri-negeri. Pada mulanya negeri-negeri ini bergabung sebagai sebuah persekutuan tetapi kemudianya membentuk sebuah negara yang bersatu. Pada tahun berikutnya, bilangan negeri bertambah dengan kemasukan negeri-negeri di barat, pembelian tanah dan perpecahan negeri-negeri yang sedia ada. Setiap negeri dibahagikan kepada daerah (counties), bandar raya (cities) dan kawasan-kawasan pembandaran (townships).

Amerika Syarikat juga memiliki beberapa kawasan, dan daerah, misalnya wilayah persekutuan daerah Colombia, dan tanah jajahan seperti Puerto Rico, Samoa Amerika, Guam dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.

Geografi

Rencana utama: Geografi Amerika Syarikat

Amerika Syarikat ialah negara ketiga atau keempat terbesar di dunia dari segi keluasan, mengikuti atau diikuti Republik Rakyat China, bergantung kepada pengiraan dua wilayah yang dipertikai oleh China dan India. jika hanya merangkumi keluasan tanah, maka Amerika Syarikat diletakkan di tempat ketiga mengekori Rusia dan China, dan di hadapan Kanada.[1] Tanah besar Amerika Syarikat terbentang dari Lautan Atlantik ke Lautan Pasifik dan dari Kanada ke Mexico dan Teluk Mexico. Alaska ialah negeri terbesar dari segi keluasan yang terpisah dari tanah besar oleh Kanada dan mencapai Lautan Artik dan Pasifik. Hawaii menduduki sebuah kepulauan di Lautan Pasifik yang terletak di barat daya Amerika Utara. Komanwel Puerto Rico, wilayah A.S. yang terbesar dan teramai penduduknya, terletak di timur laut Karibia. Kecuali kawasan-kawasan jauh seperti wilayah Guam dan bahagian-bahagian paling barat Alaska, ampir keseluruhan negara terletak di hemisfera barat.

Dataran tepi pantai Atlantik dan kawasan pedalaman yang berdekatan dilitupi hutan daun luruh dan bukit-bukit Piedmont yang beralun. banjaran Appalachian memisahkan pantai timur daripada Tasik-tasik Besar dan padang rumput Midwest. Sungai Mississippi-Sungai,sistem sungai keempat terpanjang di dunia, mengalir dari utara ke selatan melalui tengah negara. tanah prairi yang rata dan subur di dataran Besar terbentang ke barat. Banjaran Rocky di tepi barat Dataran Besar terbentang dari utara ke selatan merentasi tanah besar Amerika Syarikat, mencapai altitud melebihi 14,000 kaki (4,300 m) di negeri Colorado.[2] Kwasan di barat banjaran Rocky didominasi kawasan gurun seperti Mojave dan Lembangan Besar. banjaran Sierra Nevada dibentang selari dengan banjaran Rocky, dan lebih berdekatan dengan pantai Pasifik. Pada ketinggian 20,320 kaki (6,194 m), Gunung McKinley di Alaska ialah puncak yang tertinggi di seluruh kawasan A.S. Gunung berapi yang aktif banyak dijumpai di seluruh Kepulauan Alexander dan Kepulauan Aleutian dan seluruh negeri Hawaii didirikan atas pulau-pulau gunung berapi tropika. Supervolkano yang mendasari Taman Negara Yellowstone di pergunungan Rocky ialah ciri-ciri gunung berapi yang terbesar.[3]

Oleh sebab saiz besar Amerika Syarikat dan beraneka ciri-ciri geografinya, hampir setiap jenis iklim dirangkumi dalam lingkungan sempadannya. Iklimnya sederhana di kebanyakan tempat, tropika di Hawaii dan Florida selatan, kutub di Alaska, separuh gersang di Dataran Besar di barat meridian ke-100, gurun di Barat Daya, Mediterranean di kawasan pantai California, dan gersang di Lembangan Besar. Cuaca ekstrem tidaklah jarang—negeri-negeri yang bersempadan dengan Teluk Mexico terdedah kepada hurikan dan kebanyakan puting beliung di dunia terjadi dalam tanah besar A.S.[4] Namun begitu, iklim yang kebanyakannya sederhana, jarang berlakunya kemarau teruk di kawasan pertanuan utama, dan jarang berlakunya banjir teruk telah banyak membantu negara menjadi peneraju dunia dalam bidang pertanian.

Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Amerika Syarikat
Petunjuk ekonomi nasional
Pengangguran 4.8% Februari 2008[5]
Pertumbuhan KDNK 2.9% 2005–2006[6]
Inflasi CPI 4.0% Februari 2007–Februari 2008[7]
Hutang nasional $9.396 trilion 24 Mac 2008[8]
Kemiskinan 12.3% atau 13.3% 2006[9][10]


AS menjalankan sistem ekonomi kapitalis campuran yang dipacu oleh sumber aslinya yang banyak, infrastruktur yang baik dan produktiviti tinggi. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa, KDNK Amerika Syarikat sebanyak AS$13 trilian adalah 25.5% dari keluaran dunia kasar pada kadar pertukaran matawang dan lebih 19% dari keluaran dunia kasar pada pariti kuasa beli (PPP). KDNK Amerika Syarikat merupakan KNDK nasional yang terbesar di dunia tetapi kurang sedikit dari KNDK Kesatuan Eropah pada pariti kuasa beli.[11]

Negara ini kaya dengan sumber asli seperti emas, minyak, arang batu dan uranium. Dalam bidang pertanian, AS adalah pengeluar utama jagung, gandum, gula dan tembakau. Amerika Syarikat juga mengeluarkan kereta, kapal terbang dan barangan elektrik. Lebih kurang 3/4 dari populasinya bekerja dalam industri perkhidmatan.

15 rakan dagang utama Amerika Syarikat adalah:

  1. Kanada
  2. China
  3. Mexico
  4. Jepun
  5. Jerman
  6. UK
  7. Korea Selatan
  8. Perancis
  9. Taiwan
  10. Belanda
  11. Brazil
  12. Malaysia
  13. Itali
  14. Singapura
  15. Ireland

Demografi

Rencana utama: Demografi Amerika Syarikat

Budaya

Rencana utama: Budaya Amerika Syarikat

Amerika Syarikat adalah negara berbilang budaya, kumpulan etnik, tradisi dan nilai hidup. Tiada istilah bagi etnik Amerika kecuali untuk sebilangan kecil populasi kaum pribumi Amerika kerana hampir seluruh rakyat Amerika atau nenek moyang mereka adalah imigran yang datang selama lima abad yang lepas. Budaya yang diamalkan oleh majoriti rakyat Amerika adalah budaya arus perdana Amerika iaitu budaya barat yang diambil dari tradisi pendatang dari Eropah Barat bermula dari pendatang awal Inggeris dan Belanda. Budaya orang Jerman, Ireland dan Scotland juga berpengaruh. Beberapa budaya berasal dari golongan hamba dari Afrika Barat telah diambil terutama tradisi dari hamba Bantu dari Afrika Tengah. Perluasan ke bahagian barat pula membawa bersama budaya dari Mexico. Migrasi besar-besaran pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 oleh pendatang dari Selatan dan Timur Eropah mengenalkan budaya mereka ke dalam masyarakat.

Lihat juga

Nota kaki

  1. World Factbook: Area Country Comparison Table. Yahoo Education. Dicapai pada 2007-02-28.
  2. Benner, Susan (1992-05-24). Tackling Colorado's 14,000-Footers. New York Times. Dicapai pada 2007-06-21.
  3. O'Hanlon, Larry. Supervolcano: What's Under Yellowstone?. Discovery Channel. Dicapai pada 2007-06-13.
  4. Perkins, Sid (2002-05-11). Tornado Alley, USA. Science News. Dicapai pada 2006-09-20.
  5. Bureau of Labor Statistics Home Page. U.S. Dept. of Labor. Dicapai pada 2008-03-25.
  6. Cite error: Invalid <ref> tag; no text was provided for refs named IMF_GDP
  7. Consumer Price Index Summary. U.S. Dept. of Labor (2008-03-14). Dicapai pada 2008-03-25.
  8. Debt Statistics. U.S. Dept. of the Treasury. Dicapai pada 2008-03-25.
  9. Cite error: Invalid <ref> tag; no text was provided for refs named USCB_IP.26HIC_2006
  10. Webster, Jr., Bruce H., and Alemayehu Bishaw (August 2007). Income, Earnings, and Poverty Data from the 2006 American Community Survey. U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2008-02-05.
  11. Rank Order—GDP (Purchasing Power Parity). World Factbook. CIA (2007-11-15). Dicapai pada 2007-12-04.

Koordinat: 38°53° N 77°02° E

Negera-negara di Amerika Utara
Negara-negara berdaulat

Antigua dan BarbudaBahamasBarbadosBelizeKanadaCosta RicaCubaDominicaRepublik DominicaEl SalvadorGrenadaGuatemalaHaitiHondurasJamaicaMexicoNicaraguaPanamaSaint Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent dan GrenadinesTrinidad dan TobagoAmerika Syarikat
Wilayah-wilayah tanggungan
Denmark: GreenlandPerancis: Guadeloupe ∙ Martinique ∙ Saint-Pierre dan MiquelonBelanda: Aruba ∙ Antilles Belanda
United Kingdom: Anguilla ∙ Bermuda ∙ Kepulauan Virgin British ∙ Kepulauan Cayman ∙ Montserrat ∙ Kepulauan Turki dan Caicos
Amerika Syarikat: Pulau Navassa ∙ Puerto Rico ∙ Kepulauan Virgin Amerika Syarikat


Pembahagian politik Amerika Syarikat Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat: Alabama | Alaska | Arizona | Arkansas | California | Carolina Selatan | Carolina Utara | Colorado | Connecticut | Dakota Selatan | Dakota Utara | Delaware | Florida | Georgia | Hawaii | Idaho | Illinois | Indiana | Iowa | Kansas | Kentucky | Louisiana | Maine | Maryland | Massachusetts | Michigan | Minnesota | Mississippi | Missouri | Montana | Nebraska | Nevada | New Hampshire | New Jersey | New Mexico | New York | Ohio | Oklahoma | Oregon | Pennsylvania | Pulau Rhode | Tennessee | Texas | Utah | Vermont | Virginia | Virginia Barat | Washington | Wisconsin | Wyoming
Daerah persekutuan: Daerah Columbia
Kawasan kepulauan: Guam | Kepulauan Virgin | Kepulauan Mariana Utara | Puerto Rico | Samoa Amerika
Pulau-pulau kecil serta terpencil: Atol Johnston | Atol Midway | Atol Palmyra | Pulau Baker | Pulau Howland | Pulau Jarvis | Pulau Navassa | Pulau Wake | Terumbu Kingman

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.


Giant Panda

Mercedes Car
James Bond Guide
This site monitored by SitePinger.net