Apple

Article on other languages:

del.icio.us del.icio.us
Digg Digg
Furl Furl
Reddit Reddit
Rojo Rojo
Add to OnlyWire
Apple, Inc.
Imej:Apple-logo.png
Jenis syarikat Awam (NASDAQ: AAPL)
Ditubuhkan California (April 1, 1976)
Lokasi Cupertino, CA
Orang-orang penting Steve Jobs, CEO
Timothy D. Cook, COO
Peter Oppenheimer, CFO
Philip W. Schiller, SVP Marketing
Jonathan Ive, VP Industrial Design
Industri Perisian dan Perkakasan komputer
Produk Mac OS X
iMac
Power Mac
PowerBook
iBook
iPod
Apple Cinema Display
Mac mini
Xserve
AirPort
QuickTime
iLife
iTunes
iWork
Keuntungan $8.279 billion USD (image:green up.png$2.1B TF 2004)
Laman web www.apple.com

Apple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan mendukung berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[1]

Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkait.

Diperbadankan pada 3 Januari 1977 [2], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.[3] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartfon iPhone dan sistem video digital Apple TVnya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.[4]

Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.[5] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan dukungan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[6]

Berdasarkan alasan-alasan dari falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[7]

Senarai kandungan

Sebelum Penubuhan

Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.

Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.

Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.

Sejarah Awal

Logo Apple Computer
Logo Apple Computer

Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.

Apple III and Lisa

Apple III
Apple III

Semasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi. IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakan DOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.

Peralatan yang sedang dihasilkan Apple

Komputer

  • Consumer Sub-Desktop Computer - Mac mini - Comes in three models. BYODKM (Bring your own display, keyboard, and mouse). [1]
  • Consumer Desktop Computer - iMac - Currently the iMac G5 with 17" and 20" models [2]
  • Consumer Portable Computer - iBook - Currently the iBook G4 with 12" and 14" models [3]
  • Education Desktop Computer - eMac - Also sold to regular consumers and government employees [6]
  • Servers - Xserve - Single Processor, Dual Processor, and Cluster Node [7]

Pemain muzik digital iPod

  • iPod (color screen) - Holds up to 5,000 Songs (20,000 photos) or 15,000 songs (25,000 photos) in 2 models (20 & 60 GB). [9]
  • iPod U2 Edition (color screen) - Holds up to 5,000 songs (20,000 photos) in a single 20GB model with a black and red design and U2 band members' signatures engraved on the back. [10]
  • iPod mini - Holds up to 1,000 or 1,500 songs in 2 models (4 & 6 GB) and 4 colors (silver, green, pink, blue) [11]
  • iPod shuffle - Holds up to 120 or 240 songs in 2 models (512 MB & 1 GB) [12]

Aksesori kamputer

See also: List of Macintosh models grouped by CPU

Rujukan

  1. Laman web Morningstar: Penyata Kewangan Apple Computer
  2. Laman web Apple.com: Soalan Lazim Hubungan Pelabur Apple
  3. Laman web Apple.com: Pemfailan SEC
  4. Markoff, John. "New Mobile Phone Signals Apple’s Ambition", The New York Times, 2006-01-09. Dicapai pada 2006-01-09. 
  5. Laman web Apple.com: Senarai Kedai Apple
  6. Laman web Apple.com: Peluang pekerjaan
  7. Kesetian pelanggan Apple

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.


Giant Panda

Mercedes Car
James Bond Guide
This site monitored by SitePinger.net