|
Article on other languages:
|
Bahasa Jerman (Deutsch) adalah bahasa Jermanik Barat. Ia adalah ahli kumpulan Barat dari rumpun Jermanik dari keluarga bahasa Indo-Eropah dan salah satu dari bahasa dunia utama, dituturkan oleh lebih dari 120 juta orang di 38 negara dunia. Pembahagian GeografiBahasa Jerman digunakan sebagai bahasa utama di Jerman, Austria, Liechtenstein, Luxembourg, di dua pertiga negara Switzerland, di South Tirol, di komuniti berbahasa Jerman East Cantons di Belgium, dan di dalam komuniti berbahasa jerman di sempadan Denmark yang dahulunya dikenali sebagai South Jutland Country. Di Luxembourg dan juga di daerah Alsace di Perancis, populasi natif ini menuturkan bahasa Jerman beberapa dialek dan sesetengah daripada mereka juga menggunakan bahasa Jerman standard, tanpa sebarang dialek terutamanya di Luxembourg, walaupun di Alsace dan Lorraine menggunakan hampir di keseluruhan daerah tersebut bahasa Jerman berdialek. Beberapa komuniti berbahasa Jerman masih wujud di sesetengah tempat di Romania, Republik Czech, Hungari dan seterusnya Rusia dan Kazakhstan.Walaupun selepas Perang Dunia ke-2, terdapat penghijrahan secara besar-besaran ke Jerman pada tahun 1980an dan 1990an telah menyebabkan populasi komuniti berbahasa Jerman di negara-negara berikut berkurangan. Terdapat juga komuniti berbahasa Jerman di Portugis, Sepanyol, Itali, Moroko, Egypt, Israel, Cyprus, Turki, Greece, United Kingdom, Belanda, Scandinavia, Siberia di Rusia, Hungari, Romania, Bulgaria dan bekas Yugoslavia (Bosnia Herzegovina, Serbia, Kroatia, Slovenia).
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
Mercedes Car
This site monitored by SitePinger.net