Bahasa Portugis (português) adalah sebuah bahasa Roman yang banyak dituturkan di Portugal (bahasa rasmi), Brazil, Angola, Mozambique, Tanjung Verde, dan Timor Timur. Banyak ahli bahasa yang menganggap bahasa Galicia, bahasa daerah di Galicia, Sepanyol, sebenarnya adalah sejenis bahasa Portugis yang telah dipengaruhi dengan kuat oleh bahasa Sepanyol.
Dengan lebih daripada 200 juta penutur asli, bahasa Portugis merupakan bahasa yang keenam paling banyak dituturkan di dunia. Bahasa Portugis menjadi bahasa yang paling banyak digunakan di Amerika Selatan kerana Brazil, dengan 186 juta penduduknya, membentuk sekitar 51% dari seluruh populasi Amerika Selatan.
Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.