Bahasa Yunani adalah bahasa Indo-Eropah dengan 3,500 tahun sejarah yang didokumentasikan. Kini, ia dituturkan oleh 15 juta orang di Yunani (lihat Greece) ,Cyprus, bekas Yugoslavia, terutamanya pada bekas Yugoslav Republik Macedonia, Bulgaria, Albania, dan Turki. Terdapat juga banyak kaum emigran Yunani di seluruh dunia, seperti yang terdapat di Melbourne, Australia di mana mempunyai populasi Yunani yang ketiga terbesar dari lain-lain bandar di dunia, selepas Athens dan Thessaloniki.
Greek telah ditulis dalam huruf Greek, huruf betul yang pertama, sejak abad ke-9 S.M dan sebelum itu, dalam Linear B dan dalam ejaan sukuan Cypriot.