|
Article on other languages:
|
Bogotá— nama rasmi Bogotá, DC. (D.C singkatan untuk "Distrito Capital", yang bermaksud "Daerah Ibu Negara"), juga dipanggil Santafé de Bogotá, dan diberi gelaran "Athens Amerika Latin" —adalah ibu negara Colombia, serta bandar raya paling besar dan paling ramai penduduk di negara ini dengan 6,776,009 orang penduduk (banci 2005). Bogotá dan Soacha, pinggir ibu negara terbesar, mempunyai anggaran penduduk 7,881,156 [1]
SejarahPada asalnya dinamakan Bacatá oleh orang-orang Muiscas, ia adalah pusat tamadun mereka sebelum Penjelajah-penjelajah Sepanyol menjajah kawasan berkenaan, dan ia menampung satu populasi yang besar. Penempatan orang Eropah ditubuhkan dalam bulan 6 Ogos 1538, oleh Gonzalo Jiménez de Quesada dan diberi nama sebagai "Santafé de Bacatá" sempena tempat kelahirannya Santa Fé dan nama tempatan. "Bacatá" telah menjadi "Bogotá" moden pada masa ia telah dijadikan ibu kota Kerajaan Baru Granada, yang pada ketika itu merupakan sebahagian daripada Wilayah Wizurai Peru, dan kemudian sebahagian daripada Wilayah Wizurai New Granada. Bandar raya kemudian menjadi satu pusat kolonial Sepanyol dan tamadun di Amerika Selatan. Semasa tahun 1810-11 warganegaranya memberontak terhadap pemerintahan Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan mereka sendiri, tetapi perlu menghadapi masalah dalaman dan terpaksa diserahkan kepada tentera Sepanyol yang mengambil alih kuasa memerintah bandar raya daripada tahun 1816 sehingga tahun 1819, apabila Simón Bolívar menakluknya selepas kemenangannya dalam Pertempuran Boyacá. Bogotá kemudiannya dijadikan ibu kota Gran Colombia, satu penggabungan persekutuan wilayah-wilayah moden Panama, Colombia, Venezuela dan Ecuador. Apabila republik itu dibubarkan kepada bahagian-bahagian tertentu, Bogotá dikekalkan menjadi ibu kota New Granada, yang kemudiannya menjadi Republik Colombia. Lihat Sejarah Colombia. BenderaBendera berasal daripada pergerakan pemberontakan menentang pihak berkuasa penjajah, yang bermula pada 20 Julai 1810. Sepanjang pemberontakan ini, pemberontak memakai gelang tangan berwarna kuning dan merah, kerana warna-warna ini merupakan satu-satunya warna dalam Bendera Sepanyol yang merupakan bendera yang digunakan Kerajaan Baru Granada. JataJata bandar raya Bogota telah dikurniakan oleh maharaja Charles V (Charles I Sepanyol) kepada Kerajaan Baru Granada, secara dekri diraja yang diberi di Valladolid, Sepanyol pada 3 Disember, 1548. Ia mengandungi satu helang hitam di tengah, yang melambangkan ketabahan. Helang merupakan satu simbol keluarga diraja Habsburg, yang merupakan keluarga diraja empayar Sepanyol pada ketika itu. Helang tersebut dimahkotakan dengan makhota emas dan menggengam delima merah berlatar belakang keemasan. Sempadannya mengandungi ranting pohon zaitun dengan sembilan buah delima keemasan dalam satu latarbelakang biru. Dua buah delima merah melambangkan keberanian, mana kala sembilan buah delima keemasan mewakili sembilan buah negeri yang merangkumi Kerajaan Baru Granada pada masa itu. Pada 1932 jata ini adalah secara rasminya dikenali dan diterima sebagai simbol bandar raya Bogotá. Kawasan pentadbiranBogotá terbahagi kepada 20 bahagian atau perbandaran tempatan iaitu: 1.Usaquén Bandar raya ini kemudiannya boleh dipecahkan kepada 7 zon atau zona yang utama dengan perwatakannya yang tersendiri, iaitu:
Kolej dan Universiti
Bangunan Kesenian di Universiti Nasional
Kolej-kolej dan universiti-universiti di Bogota mempunyai kesan besar ke atas bandar raya dan ekonomi rantau ini. Bukan sahaja mereka adalah majikan-majikan utama, bahkan mereka juga menarik inudstri-industri antarabangsa ke bandar dan rantau sekeliling, termasuk industri penting seperti industri teknologi. Bandaraya berkembarRujukanPautan LuarWikimedia Commons mempunyai media mengenai:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
Mercedes Car
This site monitored by SitePinger.net