Gecko (enjin susun atur)

Article on other languages:

del.icio.us del.icio.us
Digg Digg
Furl Furl
Reddit Reddit
Rojo Rojo
Add to OnlyWire
Gecko
Pembangun Yayasan Mozilla / Perbadanan Mozilla
Keluaran terkini 1.8.1.11 / 30 November 2007
Keluaran paparan 1.9 beta 2 / 18 Disember 2007
OS Pelantar silang
Kegunaan: Enjin susun atur
Lesen Tri-lesen Mozilla
Laman web http://www.mozilla.org/newlayout/

Gecko merupakan enjin susun atur pelayar web bebas dan terbuka yang digunakan dalam semua perisian berjenama Mozilla dan terbitannya termasuklah keluaran Netscape yang terkemudian (telah dihentikan). Ditulis dalam C++ dan dilesenkan di bawah tri-lesen MPL/GPL/LGPL, Gecko dirangka untuk menyokong piawaian Internet terbuka. Asalnya dicipta oleh Netscape Communications Corporation, pembangunannya kini diselia oleh Yayasan Mozilla.

Gecko menawarkan banyak pengaturcaraan API yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai fungsi dalam penggunaan Internet seperti pelayar web, penyampaian kandungan dan pelanggan/pelayan[1]. Ia terutamanya digunakan oleh derivatif pelayar Mozilla, seperti Firefox, Camino, Flock, SeaMonkey, K-Meleon dan Netscape, untuk memaparkan tapak web dan, dalam sesetengah kes, antara muka pengguna penggunaan yang ditulis dalam XUL. Gecko bersifat pelantar silang dan boleh digunakan pada beberapa sistem pengendalian berlainan, termasuklah Microsoft Windows, BSD, Linux dan Mac OS X.

Gecko ialah enjin susun atur yang kedua paling popular di Web, selepas Trident (digunakan oleh Internet Explorer untuk Windows sejak versi 4), dan diikuti oleh WebCore (digunakan oleh Safari) dan Presto (digunakan oleh Opera).

Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu, bahan-bahan boleh didapati di en:Gecko (enjin susun atur).
Sumber-sumber bantuan: Kamus Dewan Bahasa.

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.


Giant Panda

Mercedes Car
James Bond Guide
This site monitored by SitePinger.net