|
Article in other languages:
|
Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco, rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam pada budaya popular.
GaleriPemain gitar tersohor
Pemain gitar Malaysia
Audio
Questions for article: gitar chord, kord lagu melayu, kord lagu, akustik kitarr, åpen stemming gitar, batuhan şenyaylar, belajar gitar kod, belajar bass, belajar bass gitar, belajar gitar, belajar gitar klasik |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
IHS Europe: Infrared Heating Systems for Home and Business.