|
Article on other languages:
|
Rencana ini berkenaan dengan negara Kanada, untuk kegunaan lain, lihat Kanada (nyahkekaburan).
Kanada adalah sebuah negara di benua Amerika Utara dan merupakan negara kedua terbesar di dunia. Kaum peribumi telah mendiami kawasan Kanada moden sejak zaman prasejarah tetapi negara Kanada hanya didirikan daripada gabungan koloni-koloni British yang berpengaruh Perancis tidak lebih dua abad yang lalu. Gabungan itu terdiri daripada sepuluh negeri dengan tiga jajahan. Kanada memperoleh kemerdekaannya dari British secara aman pada tahun 1867. Kanada merupakan sebuah persekutuan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Ratu Elizabeth II merupakan ketua negaranya. Kanada juga mengamalkan dwibahasa (bahasa Inggeris dan Perancis) dan merupakan negara berbilang kaum dan budaya. SejarahKajian arkeologi menunjukkan bahawa kawasan Kanada telah didiami manusia sejak 26,500 tahun yang lalu du Yukon. Orang dari Eropah pertama yang datang ke Kanada, ialah orang Viking yang mendirikan petempatan di L'Anse aux Meadows pada 1000 M.. John Cabot dari England tiba di pantai Kanada pada 1497, manakala Jacques Cartier dari Perancis tiba pada 1534. Penjelajah Perancis Samuel de Champlain tiba pada 1603 dan menubuhkan petempatan kekal Eropah pertama di Port Royal pada 1605, dan Bandar raya Quebec pada 1608. Orang Perancis banyak mendiami kawasan lurah Sungai Saint Lawrence, manakala orang Acadia mendirikan petempatan mereka di Maritimes, timur Kanada. Perang Perancis dan Iroquois pada abad ke-17 tercetus akibat pertikaian dalam perdagangan bulu. Sementara itu, orang Inggeris telah menubuhkan pelabuhan dan kampung perikanan di Newfoundland kira-kira 1610 serta mengkolonikan 13 koloni di selatan (Amerika Syarikat). Perang Antara Koloni timbul antara 1689 dan 1763. Di bawah Perjanjian Utrecht 1713, Nova Scotia diserahkan kepada Britain, manakala kebanyakan kawasan Kanada telah diberikan kepada British di bawah Perjanjian Paris 1763, berikutan Perang Tujuh Tahun. Pemasyhuran Diraja 1763 mengasaskan Provinsi Quebec serta mengilhakkan Pulau Breton ke Nova Scotia. Hak orang Perancis di Kanada dipeliahar oleh pemasyhuran ini. Akta Quebec 1774 juga bertujuan melindungi kedudukan orang Perancis dengan memperbesar Provinsi Quebec dan mempertahankan bahasa Perancis, agama Katolik dan undang-undang sivil Perancis di Quebec. Tindakan ini menimbul kemarahan 13 koloni Amerika Syarikat dan seteruskan mengakibatkan Revolusi Amerika. Revolusi ini berakhir dengan kemerdekaan Amerika Syarikat. Kira-kira 50,000 penyokong penjajahan British di AS malrikan diri ke Kanada. Bagi membela penduduk penutu bahasa Inggeris ini, Akta Perlembagaan 1791 telah membahagikan Quebec kepada dua, iaitu Kanada Atas (penutur bahasa Inggeris) dan Kanada Bawah (penutur bahasa Perancis). Kedua-duanya mempunyai majlis perundangan tersendiri. Kanada menjadi tapak Perang 1812 antara Empayar British dan Amerika Syarikat. Imigrasi besar-besaran dari Britain dan Ireland bermula dari 1815. Dalam masa itu, industri pembalakan menggantikan perdagangan bulu sebagai industri utama Kanada. Pada 1840, Akta Kesatuan telah menggabungkan Kanada Atas dan Kanada Bawah kepada Wilayah Kanada Bersatu. British telah menakluki koloni baru pada 1849 dan 1858 di Pulau Vancouver dan Columbia British masing-masing. Pada masa yang sama, populasi Kanada telah bertambah akibat kadar kelahiran yang tinggi. Namun, banyak penduduk juga berhijrah ke Amerika Syarikat khususnya New England. Akta Amerika Utara British telah mengasaskan satu Gabungan yang mengandungi Provinsi Bersatu Kanada serta koloni-koloni British lain di Amerika Utara. Gabungan Kanada telah diasaskan pada 1867 dengan empat provinsi: Ontario, Quebec, Nova Scotia dan New Brunswick. Columbia British dan Pulau Vancouver serta Pulau Prince Edward telah menyertai Gabungan pada 1871 dan 1873 masing-masing. Provinsi-provinsi baru telah ditubuhkan berikutan itu juga. Kanada terbabit dalam Perang Dunia I sebagai koloni Britain. Kanada telah menghantar tentera ke Barisan Barat Eropah menyokong kuasa Bersekutu. Pada 1919, Kanada menyertai Liga Bangsa sebagai negara merdeka dan asing daripada Britain. Pada 1931, Statut Westminster mengesahkan kemerdekaan Kanada. Kanada mengisytiharkan perang terhadap Jerman Nazi pada 1939 dalam Perang Dunia II. Kanada menjadi antara negara Bersekutu terpenting dalam perang ini. Ekonomi Kanada juga berkembang akibat keperluan barang serta senjata perang yang tinggi. Angkatan Tentera Kanada menjadi antara angkatan terbesar di dunia pada akhir perang. Sejak 1960-an, gerakan kemerdekaan di Quebec telah bertambah giat. Para nasionalis Quebec telah menuntut kuasa autonomi yang lebih luas untuk provinsi ini. Gerakan ini dipimpin oleh Parti Québécois yang ditubuhkan pada 1968. Referendum penegasan kadaulatan telah diadakan pada 1980 dan 1995. Kedua-dua referendum juga ditolak oleh majoriti rakyat. Indentiti Kanada baru telah timbul semasa pentadbiran Parti Liberal Kanada. Bendera Daun Mapel yang terkenal telah diterima guna pada 1965. Di bawah Akta Bahasa Rasmi 1969, Kanada menjadi negara dwibahasa secara rasmi. Kini, Kanada menjadi terkenal untuk keberbilangan budayanya. Penduduk Kanada juga bangga terhadap sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan yang efisien. Lihat jugaPautan luar
Antigua dan Barbuda · Australia · Bahamas · Bangladesh · Barbados · Belize · Botswana · Brunei · Cameroon · Kanada · Cyprus · Dominika · Fiji · Gambia · Ghana · Grenada · Guyana · India · Jamaica · Kenya · Kiribati · Lesotho · Malawi · Malaysia · Maldives · Malta · Mauritius · Mozambique · Namibia · Nauru · New Zealand · Nigeria · Pakistan · Papua New Guinea · Saint Kitts dan Nevis · Saint Lucia · Saint Vincent dan Grenadines · Samoa · Seychelles · Sierra Leone · Singapura · Kepulauan Solomon · Afrika Selatan · Sri Lanka · Swaziland · Tanzania · Tonga · Trinidad dan Tobago · Tuvalu · Uganda · United Kingdom · Vanuatu · Zambia
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
Mercedes Car
This site monitored by SitePinger.net