|
Article on other languages:
|
Microsoft Corporation (NASDAQ: MSFT) (Templat:Hkex), ialah sebuah syarikat teknologi komputer multinasional Amerika Syarikat yang menggaji 76,000 orang kakitangan di 102 negara dan meraih hasil tahunan sedunia sebanyak US$51.12 bilion seperti pada tahun 2007[5]. Microsoft memajukan, membuat, melesenkan dan menyokong beraneka produk perisian untuk perkakas-perkakas pengkomputeran.[6][4] Ibu pejabatnya di Redmond, Washington, Amerika Syarikat, dan produknya yang terlaris dijual ialah sistem pengendalian microsoft windows dan set perisian produktiviti Microsoft Office. Produk-produk ini menempa kedudukan terpenting dalam pasaran komputer meja, dengan anggaran bahagian pasaran setinggi 90% atau lebih seperti pada tahun 2003 bagi Microsoft Office dan 2006 bagi microsoft windows, seiring dengan misi asal syarikat ini iaitu "sebuah komputer di atas setiap meja dan di dalam setiap rumah, mengendalikan perisian Microsoft".[7][8][9][10][11][12][13] Microsoft yang mula-mulanya ditubuhkan untuk membangunkan dan menjual pentafsir BASIC untuk Altair 8800, bangkit untuk mendominasi pasaran sistem pengendalian komputer rumah dengan MS-DOS pada pertengahan 1980-an. Syarikat ini mengeluarkan satu penawaran awam permulaan (IPO) di pasaran saham, di mana, disebabkan kenaikan harga saham yang berikutan, telah melahirkan empat orang ribu-jutawan dan kira-kira 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft.[14][15][16] Sepanjang sejarahnya syarikat ini dijadikan sasaran kritikan atas pelbagai sebab, termasuk amalan perniagaan memonopoli—kedua-dua Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah merupakan antara pihak yang mengheret Microsoft ke mahkamah atas pencabulan antiamanah dan pembungkusan perisian.[17][18] Microsoft juga berpijak di pasaran-pasaran selain sistem pengendalian dan set perisian pejabat, dengan aset-aset seperti rangkaian televisyen kabel MSNBC, portal Web MSN, dan ensiklopedia multimedia Microsoft Encarta. syarikat ini juga memasarkan produk perkakasan komputer seperti tetikus Microsoft dan produk hiburan rumah seperti Xbox, Xbox 360, Zune dan MSN TV.[6] Dikenali kerana apa yang disifatkan secara amnya sebagai budaya perniagaan yang tertumpu kepada pemaju, Microsoft selama ini telah memberi sokongan pengguna melalui newsgroup Usenet dan Jaringan Sedunia, dan mengurniakan status Microsoft MVP kepada sukarelawan yang didapati banyak membantu pelanggan syarikat.[19][16]
Bahagian-bahagian produkAgar dapat menjejaki prestasi setiap unit dan menugaskan tanggungjawab dengan lebih tepat, Microsoft menysun semula menjadi tujuh kumpulan perniagaan teras—setiap satunya sebuah entiti kewangan berasingan—pada bulan April 2002. Kemudian, pada 20 September 2005, Microsoft mengumumkan satu perasionalan ketujuh-tujuh kumpulan perniagaannya menjadi tiga bahagian teras yang wujud pada hari ini: kumpulan-kumpulan Klien Windows, MSN dan Pelayan dan Alatan digabungkan menjadi Bahagian Produk dan Perkhidmatan Platform Microsoft (Microsoft Platform Products and Services Division); kumpulan-kumpulan Pekerja Maklumat dan Penyelesaian Perniagaan Microsoft digabungkan menjadi Bahagian Perniagaan Microsoft (Microsoft Business Division); dan kumpulan-kumpulan Perkakasan Mobil dan Tetap dan Rumah dan Hiburan digabungkan menjadi Bahagian Hiburan dan Peranti Microsoft (Microsoft Entertainment and Devices Division).[20][21] Bahagian Produk dan Perkhidmatan Platform Microsoft
Logo terkini microsoft windows, salah satu produk paling popular keluaran Microsoft.
Bahagian ini menghasilkan produk kemegahan Microsoft, iaitu sistem pengendalian Windows. Windows telah dihasilkan dalam pelbagai versi, termasuk Windows 3.1, Windows 95, Windows 98, Windows 2000, pelayan Windows 2000, Windows Me, Windows Server 2003, Windows XP dan Windows Vista. Hampir semua komputer peribadi serasi IBM dipasangkan dengan Windows. Versi desktop Windows terkini yang ialah Windows Vista. Perkhidmatan dalam talian MSN, stesen televisyen kabel MSNBC dan majalah dalam talian Microsoft Slate semuanya digolongkan di bawah bahagian ini. (Slate dibeli oleh The Washington Post pada 21 Disember 2004.) Pada akhir tahun 1997, Microsoft membeli Hotmail, perkhidmatan webmail paling terkenal, lalu menjenamakannya semula sebagai "MSN Hotmail". Pada tahun 1999, Microsoft memperkenalkan MSN Messenger, satu klien perkhidmatan mesej segera, untuk bersaing dengan AOL Instant Messenger yang turut popular. Seiringan dengan pengenalan Windows Vista, MSN Messenger menjadi Windows Live Messenger.[6] Microsoft Visual Studio ialah set alatan pemprograman dan pengkompliasi buatan syarikat ini. Produk perisian ini beroerientasikan GUI dan mudah berpaut dengan API Windows, tetapi perlu dikonfigurasi secara khusus jika digunakan dengan pustaka bukan Microsoft. Versi terkini ialah Visual Studio 2005. Versi sebelumnya, Visual Studio.Net 2003, dinamakan sempena inisiatif .NET, satu inisiatif pemasaran Microsoft yang meliputi sebilangan teknologi. Definasi Microsoft untuk .NET terus mengalami evolusi. Mulai tahun 2004, .NET bertujuan memudahkan pemajuan aplikasi berasaskan microsoft windows yang menggunakan Internet dengan mengaturkan sistem komunikasi Microsoft yang baru bernama Indigo (sekarang dinamakan Windows Communication Foundation). Ini bertujuan menyelesaikan beberapa isu yang dahulunya diperkenalkan oleh rekaan DLL Microsoft yang menjadikannya agak sukar, kadang-kala mustahil, untuk mengendali, memasangkan pelbagai versi pakej perisian yang kompleks dalam sistem yang sama, dna menawarkan platform pembangunan yang lebih konsisten untuk semua aplikasi Windows (lihat Infrastruktur Bahasa Sepunya). Tambahan pula, syarikat ini menubuhkan satu set program pensijilan untuk mengenal pasti individu yang berkepakaran dalam perisiannya dan penyelesaian masalah. Serupa dengan penawaran oleh Cisco, Sun Microsystems, Novell, IBM, dan Oracle Corporation, ujian-ujian ini direka untuk mengenal pasti satu set kemahiran minimal dalam peranan tertentu; ini termasuk pemaju ("Microsoft Certified Solution Developer"), penganalisa sistem/rangkaian ("Microsoft Certified Systems Engineer"), pelatih ("Microsoft Certified Trainers") dan pentadbir ("Microsoft Certified Systems Administrator" dan "Microsoft Certified Database Administrator").[6] Microsoft menawarkan satu set perisian pelayan berjudul Windows Server System. Windows Server 2003, satu sistem pengendalian untuk pelayan rangkaian, ialah teras kepada barisan Windows Server System. Satu lagi produk pelayan, Systems Management Server, ialah satu koleksi alatan yang menawarkan kebolehan kawalan jauh, pengurusan tampung, pengedaran perisian dan inventori perkakasan/erisian. Produk pelayan lain termasuk:
Bahagian PerniagaanBahagian Perniagaan Microsoft menghasilkan Microsoft Office, iaitu siri perisian pejabat syarikat ini. Produk perisian ini termasuk Word (pemproses kata), Access (aplikasi pangkalan data relasional peribadi), Excel (program hamparan), Outlook (perisian usahasama Windows sahaja, sering digunakan bersama Exchange Server), PowerPoint (perisian pembentangan), dan Publisher (perisian penerbitan atas meja). Tidak lama kemudian, sebilangan produk lain ditambah bersempena pengeluaran Office 2003 termasuk Visio, Project, MapPoint, InfoPath dan OneNote.[6] Bahagian ini menumpu perhatian kepada pemajuan perisian pengurusan kewangan dan perniagaan untuk kegunaan syarikat. Produk-produk ini termasuk produk-produk bekas keluaran Business Solutions Group, yang diasaskan pada bulan April 2001 melalui pengambilalihan Great Plains. Kemudiannya, Navision diambil untk memberi kemasukan yang serupa ke dalam pasaran Eropah, maka keluarnya Microsoft Dynamics NAV pada tahun 2006 seperti yang dirancangkan. Pasaran kumpulan Axapta dan Solomon yang memenuhi keperluan pasaran yang serupa, dijangka digabungkan dengan keluaran Navision dan Great Plains menjadi platform sepunya bergelar Microsoft Dynamics.[6] Bahagian Hiburan dan Peranti
Xbox 360, sistem kedua Microsoft dalam pasaran konsol permainan.
Microsoft telah mencuba untuk mengembangkan jenama Windows ke pelbagai pasaran lain, dengan produk-produk seperti Windows CE untuk PDAs dan produk Smartphone "dikuasakan Windows". Mula-mulanya Microsoft memasuki pasaran mobil melalui Windows CE untuk peranti mudah alih, yang kini berkembang menjadi Windows Mobile 6. Tumpuan sistem pengendalian ini adalah terhadap peranti yang mana OS itu sendiri tidak semestinya boleh dilihat pengguna akhir, terutamanya perlengkapan dan kereta. Syarikat ini mengeluarkan MSN TV, dahulunya WebTV, satu perlengkapan Internet berasaskan televisyen. Microsoft pernah menjual produk Perakam Video Digital (DVR) atas set bernama UltimateTV yang membolehkan penggunak untuk merakam sebanyak 35 jam rancangan televisyen dari sebuah pembekal televisyen satelit terus-ke-rumah iaitu DirecTV. Ini dijadikan pesaing utama di UK kepada perkhidmatan SKY + oleh British Sky Broadcasting milik Rupert Murdoch. UltimateTV sudahpoun dihentikan, dan DirecTV memilih untuk memasarkan DVR dari TiVo Inc. sebelum kemudiannya beralih ke jenama DVR sendiri.[6] Microsoft menjual permainan komputer yang dikendali dalam PC Windows, termasuk judul-judul seperti Age of Empires, Halo dan siri Microsoft Flight Simulator. Microsoft menghasilkan sebarisan kerja rujukan yang merangkumi ensiklopedia dan atlas di bawah nama Encarta. Microsoft Zone menghoskan permainan percuma, premium dan runcit yang mana pemain boleh bersaing sesama sendiri dan dalam kejohanan. Microsoft memasuki pasaran konsol permainan berbilion-bilion dolar yang didominasi Sony dan Nintendo pada akhir tahun 2001,[22] dengan pengeluaran Xbox. Syarikat ini memajukan dan menerbit permainan video sendirinya untuk konsol ini, dengan bantuan anak syarikat sendirinya Microsoft Game Studios, di samping penerbit permainan video Xbox pihak ketiga seperti Electronic Arts dan Activision yang membayar yuran perlesenan untuk menerbit permainan untuk sistem itu. Xbox juga diwarisi Xbox 360 yang dilancarkan pada 22 November 2005 di Amerika Utara dan negara-negara lain.[23][24] Dengan adanya Xbox 360, Microsoft berharap untuk mengimbangi kerugian yang dialami dengan Xbox asal. Bagaimanapun, Microsoft membuat keputusan yang dianggap sebagai penuh kontroversi dalam komuniti permainan video, seperti menjual dua versi berlainan bagi sistem ini, serta menawarkan keserasian ke belakang untuk judul permainan Xbox tertentu sahaja.[25][26] Selain produk Xbox, Microsoft juga memasarkan sebilangan perkakasan berkaitan komputer yang lain, termasuk tetikus, papan kekunci, kayu ria, dan pad permainan, bersama pengawal permainan yang lain yang kebanyakan pengeluarannya disumberkan ke syarikat lain.[6] Nota dan rujukan
Pautan luar
Article keywords: microsoft window, microsoft excel, microsoft software, |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
Mercedes Car
This site monitored by SitePinger.net