|
Article on other languages:
|
New Zealand adalah sebuah negara di barat daya Lautan Pasifik mengandungi dua pulau besar (Pulau Utara dan Pulau Selatan) dan puluhan pulau-pulau lebih kecil, terutama Pulau Stewart / Pulau Rakiura dan Pulau Chatham. Dalam bahasa Maori, New Zealand dikenali sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Tanah Awan Putih'. Kepulauan New Zealand mempunyai banyak pulau yang terbentuk daripada glasier seperti Kepulauan Cook dan Pulau Niue dan Pulau Tokelau. Dari segi geografi, ternyata New Zealand terpisah daripada negara-negara lain. Laut Tasmania memisahkan New Zealand dengan benua kecil Autralia sejauh 2000 km. Negara yang yang terdekat ialah New Caledonia, Fiji dan Tonga. Majoriti penduduknya ialah pendatang dari Eropah dan etnik Maori. Selain itu terdapat juga etnik Polinesialain dan orang Asia yang datang berhijrah ke sini. Anehnya Ratu Elizabeth II dari Great Britain masih menjadi Ratu New Zealand. Ini menunjukkan betapa hubungan erat antara Britain dengan negara New Zealand dari segi sejarah penjelajahan dan penjajahan. Peranan dan kedudukan Ratu New Zealand hanyalah sebagai simbolik dan tidak mempunyai status politik yang ketara kecuali yang membabitkan kerjasama Komanwel. Pentabiran negara ditadbir oleh kerajaan demokrasi yang dipilih melalui pilihan raya umum. Jawatan terpenting ialah Perdana Menteri yang menjadi ketua negara.
EtimologiTidak diketahui apakah hubungan antara orang Mouri dengan istilah New Zealand. Tetapi orang Mouri menggelar Pulau North sebagai 'Te Ika-a-Māui' yang bermaksud ikan Maui. Pulau South pula dipanggil 'Te Wai Pounamu' yang bermaksud air daripada batu jed. Sehingga kurun ke-20 , Pulau North dirujuk sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Sejalur awan Putih panjang' yang merujuk seluruh kepulauan New Zealand. Asal nama New Zealand berasal daripada catatan kartografi pelukis peta Belanda yang menggunakan istilah 'Nova Zeelandia' , iaitu satu wilayah Belanda yang bernama Zeeland. Ahli pelayaran British bernama James Cook telah menukar nama itu kepada New Zealand. SejarahSejarah penduduk negara New Zealand dikaitkan dengan penghijrahan penduduk Polinesia pada 800 dan 1300 ad. Budaya dan bahasa mereka dikenali kini sebagai Maori . Mereka terbahagi kepada dua iaitu 'hapu' . Satu lagi yang menetap di Pulau Chatham yang dikenali sebagai budaya Moriori. Ahli pelayaran Eropah yang diketahui pertama tiba di New Zealand ialah dari Belanda bernama Abel Janszoon Tasman bersama-sama pasukannya pada 1642. Beberapa ahli pasukannya telah berjaya dibunuh oleh kaum Maori dan tiada lagi yang berani pergi ke sana sehinggalah James Cook dari Britain pada 1768. Menurut James Cook , New Zealand telah dijejak oleh beberapa ahli pelayaran Eropah , kapal perdagangan dan kapal nelayan Amerika yang menangkap ikan paus. Mereka berdagang dengan orang Maori untuk mendapatkan kayu balak, makanan, artifak dan air. Perkhidmatan sek turut diperdagangkan. Orang Maori membeli benih ubi kentang dan senapang serta peluru. Ini menyebabkan timbulnya sejarah Perang Musket yang melibatkan orang Maori dengan orang Eropah. Mubaligh Kristian telah menjalankan misi mereka dengan jayanya di kalangan orang Maori yang tidak berugama ini. Berikutan perebutan dengan pihak Perancis terhadapa beberapa buah pulau di Hemisfera Selatan , kerajaan British telah menghantar William Hobson ke New Zealand untuk menuntut hak dan perjanjian kedaulatan dengan puak Maori . Perjanjian Waitangi ditandatangani pada 6 Februari 1840 di Pulau Bay. Isi perjanjian ini agak kabur tetapi masih menjamin hak-hak istimewa orang Mouri sebagai penduduk asal di sini. Sejak 1840, penempatan orang dari benua Eropah semakin meningkat di New Zealand . Pada mulanya kedatangan penjelajah dari Eropah ini disenangi oleh orang Maori yang berdagang dengan mereka yang dipanggil 'Pakeha' dan puak 'iwi' mendapat banyak keuntungan hasil perdagangan peringkat awal ini. Tetapi apabila orang Eropah semakin banyak dan menduduki banyak kawasan , telah menyebabkan berlakuknya beberapa peperangan sekitar tahun 1860-an dan 1870-an sehingga kedaulatan orang Maori hilang dan menjadi isu kontroversi sehingga kini. Akhirnya New Zealand diberi hak berkerajaan sendiri oleh Great Britain pada 1850-an dan berkerajaan penuh pada akhir abad ke-19. Helen Clark melawat MalaysiaPada 16-17 Julai 2007, Perdana Menteri Zew Zealand melawat Malaysia sebagai membalas kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Abdulah Ahmad Badawi yang melawat New Zealand pada Mac 2005. Beberapa perjanjian kerjasama ekonomi , perdagangan , pendidikan, sains dan teknologi diadakan di di Hotel Kuala Lumpur Hilton. Perdana Menteri Helen Clark juga melawat sekolah perempuan ,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Yang Kalsom di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak. Kerjasama e-pembelajaran diadakan antara kerajaan negeri Perak dengan New Zealand. Syarikat dari New Zealand diharap dapat meningkatkan kerjasama dalam bidang industri seramik dan kreatif dan bio-teknologi . Layanan pelancongPada 13 Disember 2006 tiga rakyat Malaysia ditahan daripada memasuki New Zealand kerana disyaki cuba tinggal di sana. Mereka ditahan seperti penjenayah dengan digari sebelum dihantar ke pusat tahanan dalam kurungan berasingan selama satu malam sebelum dihantar melalui penerbangan Thailand [3] Kumpulan Etnik di New ZealandBangsa Afrika/Kulit HitamBangsa Asia
Bangsa Australasia
Bangsa CampuranBangsa Eropah/Kulit Putih
Bangsa Timur Tengah
Pautan luarRujukan
Daftar negara di benua Oceania
Australia · Fiji · Kiribati · Kepulauan Marshall · Micronesia · Nauru · Palau · Papua New Guinea · Samoa · Kepulauan Solomon · Timor Leste · Tuvalu · Vanuatu · New Zealand Antigua dan Barbuda · Australia · Bahamas · Bangladesh · Barbados · Belize · Botswana · Brunei · Cameroon · Kanada · Cyprus · Dominika · Fiji · Gambia · Ghana · Grenada · Guyana · India · Jamaica · Kenya · Kiribati · Lesotho · Malawi · Malaysia · Maldives · Malta · Mauritius · Mozambique · Namibia · Nauru · New Zealand · Nigeria · Pakistan · Papua New Guinea · Saint Kitts dan Nevis · Saint Lucia · Saint Vincent dan Grenadines · Samoa · Seychelles · Sierra Leone · Singapura · Kepulauan Solomon · Afrika Selatan · Sri Lanka · Swaziland · Tanzania · Tonga · Trinidad dan Tobago · Tuvalu · Uganda · United Kingdom · Vanuatu · Zambia
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
Mercedes Car
This site monitored by SitePinger.net