Punjab (India)

Article in other languages:

  ?ਪੰਜਾਬ
Punjab
India
Koordinat: (find coordinates)
Zon waktu IST (UTC+5:30)
Kawasan 50,362 km² (19,445 sq mi)
Ibu negeri Chandigarh
Bandar terbesar Ludhiana
Daerah 20
Penduduk
Kepadatan
24,289,296 (15)
• 482 /km2 (1,248 /sq mi)
Bahasa Bahasa Panjabi
Gabenor Sunith Francis Rodrigues
Ketua Menteri Parkash Singh Badal
Established 1 November 1956
Dewan Perundangan (kerusi) Kerajaan Punjab tunggal (117 Punjab MLAs)
Singkatan ISO IN-PB
Mohor Punjab

Punjab sebutan  (bahasa Panjabi: ਪੰਜਾਬ, IPA: /pəɲdʒaːb/) (Juga dieja Panjab) ialah sebuah negeri di bahagian barat laut India. Negeri India ini bersempadan dengan wilayah Punjab Pakistan di barat, Jammu dan Kashmir di utara, Himachal Pradesh di timur laut, Haryana di selatan dan tenggara, Chandigarh di tenggara dan Rajasthan di barat daya. Jumlah keluasan negeri ini ialah 50,362 km persegi (19,445 batu persegi) dan bilangan penduduknya 24,289,296 orang (2000). Ibu negeri Punjab ialah Chandigarh yang ditadbir secara berasingan sebagai Wilayah Kesatuan kerana juga dijadikan ibu negeri Haryana yang berhampiran. Bandaraya-bandaraya lain di Punjab termasuk Ludhiana, Amritsar, Jalandhar dan Patiala.

Dalam sejarah, Punjab India membentuk sebahagian rantau Punjab lebih besar yang merangkumi beberapa bahagian Afghanistan, wilayah Punjab dan Wilayah Sempadan Barat Laut di Pakistan, negeri-negeri Haryana dan Himachal Pradesh di India, bahagian-bahagian tertentu di Jammu dan Kashmir dan Delhi dan Wilayah Kesatuan Chandigarh, dan barat daya China. Punjab India dipecahkan menjadi tiga pada tahun 1966 lalu mewujudkan negeri Haryana dan Himachal Pradesh.

Nama "Punjab" ialah gabungan perkataan bahasa Parsi iaitu panj (پنج, "lima") dan āb (آب, "air"), maka memberi erti harfiahnya Tanah Lima Sungai. Lima batang sungai yang menyumbang kepada nama Punjab ialah Sungai Jhelum, Sungai Chenab, Sungai Ravi, Sungai Beas dan Sungai Sutlej - kesemuanya cawangan Sungai Indus.

Pertanian merupakan industri terbesar di Punjab. Industri-industri utama yang lain termasuk pembuatan peralatan saintifik, barangan elektrik, perkhidmatan kewangan, perkakas mesin, tekstil, mesin jahit, peralatan sukan, kanji, pelancongan, baja, basikal, pakaian, dan pemprosesan minyak pain dan gula. Punjab dikatakan menikmati prasarana terbaik di India [1], termasuklah hubungan penangkutan jalan raya, gerabak, udara dan sungai yang bersambungan di seluruh rantau. Punjab juga melihatkan kadar kemiskinan terendah di India pada 6.16% (perangkaan 1999-2000), dan telah memenangi anugerah prestasi negeri terbaik[2], berdasarkan data statistik yang disusun oleh Kerajaan India.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Questions for article: ინდოეთი, chandigarh to mandi gobindgarh map, indija new delhi tekstil, panjab tribune, india, punjab/india/map

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.


IHS Europe: Infrared Heating Systems for Home and Business.