S

Article on other languages:

del.icio.us del.icio.us
Digg Digg
Furl Furl
Reddit Reddit
Rojo Rojo
Add to OnlyWire
Pengertian s dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.

S ialah huruf Rumi yang ke-19. Namanya disebut ess IPA: /ɛs/.

Dalam kebanyakan sistem tulisan yang memakai huruf Rumi, serta juga Huruf Fonetik Antarabangsa, huruf s selari kepada frikatif alveolar tanpa suara, kecuali bahasa Vietnam dan bahasa Hungary, yang mana huruf ini melambangkan frikatif postalveolar tanpa suara IPA: /ʃ/, seperti "sy" dalam "syarat." Bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Inggeris, Portugis dan Jerman mengandungi perkataan yang mana "s" mewakili bunyi IPA: /ʃ/, tetapi daftar eja ini dianggap sebagai pengecualian daripada hukum asas.

Sejarah

Proto-Semitic š Phoenician S Etruscan S Greek Sigma
Image:Proto-semiticS-01.png Image:PhoenicianS-01.png Image:EtruscanS-01.png

Huruf Syin ("gigi") dari bahasa-bahasa Semitik pernah mewakili frikatif postalveolar tanpa suara IPA: /ʃ/ (seperti dalam syarat). Bentuk asalnya mungkin mewakili gambar gigi atau buah dada. Bahasa Greek tidak mempunyai bunyi ini, maka huruf sigma (Σ) digunakan untuk mewakili IPA: /s/. Nama "sigma" barangkali dipetik daripada huruf Semitik "Sâmek" (ikan; tulang belakang) dan bukannya "Šîn". Dalam bahasa Etruscan dan Latin, nilai IPA: [s] dikekalkan, dan hanya dalam bahasa modenlah di mana huruf ini dipakai untuk mewakili bunyi lain, seperti frikatif postalveolar tanpa suara IPA: [ʃ] dalam bahasa Hungary dan Jerman (sebelum p, t) atau frikatif alveolar bersuara IPA: [z] dalam bahasa Inggeris (rise, "bangun"), Perancis (lisez, "baca") dan Jerman (lesen, "membaca").

Pada masa dahulu, satu bentuk alternatif bagi s, iaitu ſ (s panjang), diguna pada permulaan atau pertengahan perkataan dalam bahasa-bahasa Eropah tertentu; bentuk terkininya, s spendek, diguna pada akhir perkataan. Contonhya, sinfulness ("penuh dosa") ditulis sebagai ſinfulneſs menggunakan s panjang itu. Penggunaan long s merosot menjelang awal abad ke-19, gara-gara untuk mengurangkan kekeliruan dengan huruf f kecil. Ligatur "ſs" (atau "ſz") dalam bahasa Jerman menjadi ess-tsett ( ß ).

Dalam buku teks biologi sekolah tinggi yang digunakan pada 1960-an, sepatah teks yang membincangkan penemuan sel dalam tisu haiwan oleh ahli biologi Inggeris bernama Robert Hooke dihasilkan semula secara fotostatik, termasuklah "s panjang." Suatu penjelasan membacakan, "The type is quaint, but once you notice that an s is often much like an f, you fhould have little trouble reading it." ("Cetakan ini aneh tetapi menarik, tetapi apabila anda mendapati huruf s kelihatan bagai huruf f, maka anda fepatutnya mendapati tidak fukar membacanya.")

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif S
fonetik NATO Kod Morse
Sierra ···
⠎
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Titik kod Huruf besar
S
Huruf kecil
s
Unikod U+0053 U+0073
ASCII Perpuluhan 83 115
Perduaan 01010011 01110011
EBCDIC 226 162

Lihat juga

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Rumi/Huruf Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/S"

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.


Giant Panda

Mercedes Car
James Bond Guide
This site monitored by SitePinger.net