|
Article on other languages:
|
Untuk kegunaan lain, sila lihat: San Juan.
San Juan (IPA: /saŋ hwaŋ/) (daripada ungkapan Sepanyol, San Juan Bautista, "Santo John si Baptis") ialah ibu kota dan kawasan perbandaran yang terbesar di Puerto Rico. Menurut banci pada tahun 2000, ia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 433,733 orang dan oleh itu, menyebabkannya merupakan bandar raya yang ke-42 terbesar di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat. San Juan diasaskan oleh kolonis-kolonis Sepanyol pada tahun 1521. Mereka menggelarnya Ciudad de Puerto Rico ("Kota Puerto Rico"). San Juan ialah kota yang tertua di Puerto Rico serta kota diasaskan orang Eropah yang kedua tertua di benua Amerika selepas Santo Domingo, kini sebahagian Republik Dominican.[2] Banyak bangunan sejarah terletak di San Jua, antaranya Kubu San Felipe del Morro dan Kubu San Cristobál yang merupakan bekas kubu-kubu pertahanan kota yang paling terkenal. Pada hari ini, San Juan bertindak sebagai salah satu pelabuhan laut Puerto Rico yang paling penting,[3] serta juga pusat perkilangan, kewangan dan pelancongan di pulau ini. Jumlah penduduk kawasan metropolitan, termasuk San Juan dan kawasan-kawasan perbandaran Bayamón, Guaynabo, Cataño, Canóvanas, Caguas, Toa Alta, Toa Baja, Carolina, dan Trujillo Alto, adalah hampir dua juta orang; justera itu, hampir setengah daripada jumlah penduduk Puerto Rico kini tinggal dan bekerja di kawasan ini.[4] San Juan telah menjadi tuan rumah kepada banyak acara yang penting dalam komuniti sukan, termasuk:
Lihat jugaNota dan rujukan
Pautan luarWikimedia Commons mempunyai media berkenaan:
Kategori: Coor d template needing repair | Coor title d template needing repair | Petempatan yang diasaskan pada 1508 | Pengasasan 1521 | Ibu kota untuk pembahagian politik di Amerika Syarikat | Ibu negara di Amerika Utara | Ibu negara di dunia | Bandar raya pinggir laut | San Juan, Puerto Rico | Segi Tiga Bermuda | Bandar pintu masuk di Puerto Rico |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
Mercedes Car
This site monitored by SitePinger.net