|
Article on other languages:
|
Dail telefon nada-sentuh (touch-tone)
. Telefon berasal daripada (bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.
PengenalanTerdapat empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi; wireless dan telefon radio, yang menggunakan samaada isyarat radio analog atau digital; telefon satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet (VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar. Antara pengguna akhir, pemancar antara jaringan boleh dilakukan melalui kabel gentian optik, titik ke titik microwave atau relay satelit. Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga telefon bimbit adalah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian tetap. tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap. Identiti pencipta telefon elektrik masih lagi menjadi tanda tanya dan kontroversi. Antonio Meucci, Philip Reis, dan Alexander Graham Bell, semuanya telah diiktiraf sebagai penciptanya. SejarahSejarah awal sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyak tuntutan dan tuntutan balik berlaku, di mana ia tidak diperjelaskan oleh pihak yang sepatutnya mengikut lunas undang-undang supaya dapat menyelesaikan pertikaian individu yang menuntuk hak paten masing-masing. ia adalah amat penting bagi semua pihak mengetahui bahawa tiada sesuatu pihak sahaja yang menjadi "pencipta telefon". Telefon moden sekarang ini adalah hasil sumbangan dan hasil kerja banyak pihak, yang sepatutnya diberikan pengiktirafan selayaknya. Pembangunan AwalBerikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:
Telefoni DigitalDigital Telefoni telah mula diterima pengguna setelah sistem litar analog telah menggantikan dengan litar digital. Teknologi transmisi digital yang telah jauh berkembang telah menjadikan ia tidak mustahil untuk menggabungkan pelbagai litar digital dalam satu medium transmisi(dikenali sebagai multiplex). Ketika penghujung instrumen kekal analog, isyarat-isyarat analog yang sampai ke titik agregat (Serving Area Interface (SAI) atau Central Office (CO) kemudian ditukarkan ke isyarat digital.Kemudiannya, Pembawa Gelung Digital (DLC) membawa beberapa talian analog telefon ke CO,dengan menggunakan wayar kuprum dan sekarang telah menggunakan gentian optik. CO dihubungkan dengan menggunakn pembawa SONET. Sistem Telefon Tanpa WayarUntuk artikel utama,lihat Sistem Telefon Tanpa Wayar. Telefon BimbitSistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wayarles. Selalunya sistem wayarles untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone. Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya. Telefon KordlesTelefon Kordless telah pertama kali dicipta oleh Teri Pall pada tahun 1965. Ketika itu, telefon jenis ini terdiri daripada unit utama yang bersambung dengan sistem talian telefon tetap dan juga berhubung dengan gagang mudah alih dengan gelombang radio yang rendah. Hal ini membolehkan gagang digunakan daripada mana-mana lokasi pada julat lingkungan tertentu. Oleh kerana kuasa diperlukan untuk berhubung dengan gagang, maka unit utama dibekalkan kuasanya dengan sumber kuasa elektronik (electronic power supply). Disebabkan hal ini, maka telefon kordless biasanya tidak berfungsi apabila terputus bekalan elaktrik. Pada awalnya, telefon kordless menggunakan gelombang radio pada julat 1.7 MHz untuk berkomunikasi antara unit utama dengan gagang. Oleh kerana masalah kualiti dan jarak lingkungan, gelombang ini akhirnya digantikan dengan sistem yang menggunakan frekuensi termodulasi(FM) pada julat frekeuensi tinggi (49 MHz, 900 MHz, 2.4 MHz, dan 5.8 MHz). Telefon kordless 2.4 MHz boleh mengganggu beberapa protokol LAN tanpa wayar (802.11b/g) oleh kerana penggunaannya pada frekuensi yang sama. Pada julat gelombang 2.4 MHz, beberapa "channels" digunakan untuk melindungi berlakunya penurunan kualiti isyarat bunyi disebabkan oleh masalah kesesakan. Julat lingkungan untuk telefon kordless moden hari ini biasanya menjangkau beberapa ratus meter.
Telefon selularModern mobile phone systems are cell-structured. Radio is used to communicate between a handset and nearby cell sites. When a handset gets too far from a cell site, a computer system commands the handset and a closer cell site to take up the communications on a different channel without interrupting the call. Radio frequencies are a limited, shared resource. The higher frequencies used by cell phones have advantages over short distances. Connection distance is somewhat predictable and can be contolled by adjusting the power level. By only using enough power to connect to the "nearest" cell site phones using one cell site will cause almost no interference with phones using the same frequencies on another cell site. The higher frequencies also work well with various forms of multiplexing which allows more than one phone to connect to the same tower with the same set of frequencies. Telefon Tanpa Kord/BergerakTerdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon tanpa kord apabila menghampiri stesen tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon tanpa wayar apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular. Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan. Sistem seperti ini yang menggunakan VoIP adalah popular di hospital-hospital dan kilang-kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara. VoIP TelephonyAlso known as Internet telephony or Voice over IP (VoIP), digital telephony is a disruptive technology that is rapidly replacing traditional telephone networks. In Japan and Korea up to 10% of subscribers, as of January 2005, have switch from analog to digital telephone service. A recent Newsweek article suggested that Internet telephony may be "the next big thing." [1] Digital telephones use a broadband Internet connection to transmit conversations as data packets. In addition to replacing the PSTN, digital telephony is also competing with mobile phone networks by offering free or lower cost connections via WiFi hotspots. As mentioned above VoIP is also used on private wireless networks which may or may not have a connection to the outside telephone network. Makmal pengkajian perkakas telefonBell Labs is a noted telephone equipment research laboratory, amongst its other research fields. Syarikat pengendalian telefonDi sesetengah negara, banyak syarikat operator telefon (biasanya disingkatkan menjadi telco) adalah dalam persaingan untuk menyediakan perkhidmatan telefon. Antaranya termasuk mereka di dalam senarai berikut. Bagaimanapun, senarai tersebut hanya meliputi penyedia wayar tembaga dari Ibu Sawat ke pengguna, bukan mereka yang hanya menyediakan "Voice over IP" atau yang hanya menghantar isyarat suara antara ibu sawat-ibu sawat. Lihat juga: Senarai Syarikat Operator Telefon Trivia
Lihat jugaCarilah telephone dalam Wiktionary, kamus bebas.
Rujukan
Lihat jugaPatents
Questions for article: antonio meucci, (dect or cordless or trådløs or schnurlos) and isdn, adsl avbrott trådlös telefon, diavox svensk standardtelefon 1978-1989, http://ms.music.openfun.org/wiki/telefon, jalur lebar isdn, ledningspar isdn, lokalbatteri, lokalbatteri telefon -trådløs -mobil, melodije za mobilni telefon, oppfinnelse av telefone |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
Mercedes Car
This site monitored by SitePinger.net