|
Article on other languages:
|
Windows Millennium Edition, atau lebih dikenali sebagai Windows Me (IPA: [miː], [ɛm iː]), adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit yang dilancarkan pada 14 September 2000 oleh Microsoft. Windows Me adalah versi Windows terakhir yang berasaskan MS-DOS/Windows 9x. Ia juga adalah versi Windows terakhir yang tidak menggunakan pengaktifan perisian.
Sepintas laluSebagai pengganti kepada Windows 95 dan Windows 98, Windows Me dipasarkan sebagai "edisi pengguna rumah" bagi Windows 2000 yang dilancarkan 2 bulan sebelumnya. Ia disertakan dengan perisian Internet Explorer 5.5, Windows Media Player 7, dan Windows Movie Maker, sebuah perisian suntingan video asas yang ringkas dan mudah digunakan. Selain itu, antaramuka Windows Me juga direkabentuk bagi menyerupai Windows 2000. Windows Me adalah versi terakhir bagi keluarga sistem pengendalian Windows 9x, manakala penggantinya iaitu Windows XP Home Edition pula menggunakan senibina Windows NT. Tidak seperti versi-versi Windows 9x yang terdahulu, capaian terhadap mod sebenar MS-DOS disekat bagi proses but yang lebih pantas. Hasilnya, sesetengah program MS-DOS yang perlu dijalankan dalam mod sebenar tidak dapat dijalankan di dalam Windows Me. Windows Me mempunyai jangka hayat yang paling pendek berbanding versi-versi Windows yang lain; ia digantikan dengan Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001. Ciri-ciri Windows Me
Keperluan sistem
Sokongan terhadap Windows Me tamat pada 11 Julai 2006 bersama-sama dengan Windows 98. KritikanWindows Me sering dikritik sebagai sistem pengendalian paling tidak stabil pernah dibina oleh Microsoft. Reputasi buruk tersebut adalah berpunca daripada kekerapan Windows Me untuk gagal berfungsi serta memaparkan skrin biru(Blue Screen of Death). Sebenarnya, semua sistem pengendalian di dalam keluarga Windows 9x adalah kurang stabil dan cenderung untuk gagal berfungsi atau memaparkan skrin biru, namun tahap kestabilan Windows Me adalah yang paling teruk di dalam siri Windows 9x - Windows Me paling kerap mengalami masalah gagal berfungsi ataupun memaparkan skrin biru. Reputasi buruk Windows Me sebagai sistem pengendalian paling tidak stabil telah menyebabkan segelintir pihak melabelkan Windows Me sebagai "Mistake Edition" atau "Miserable Edition". Pada tahun 2006, majalah PC World turut melabelkan Windows Me sebagai "Produk Teknologi Maklumat Keempat Paling Teruk Sepanjang Zaman" (selepas AOL, RealPlayer dan Synchronys SoftRAM).
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
Mercedes Car
This site monitored by SitePinger.net